Tajuk : SUNAN MUSAFIR
Pengarang : RAMLEE AWANG MURSHID
Penerbit : GRUP BUKU KARANGKRAF
Buku kali ni banyak mengimbas kembali kejadian yang berlaku sejak Laksamana Sunan memulakan perjalanannya bersama Panglima Awang Bagan, Abdol Rahman dan Indera dalam misi mereka untuk menghantar Maryam pulang ke Lisbon. Pengisahan kali ini juga menceritakan tentang Sunan Musafir yang mula meningkat dewasa bersama sahabatnya Gadol. Kisah bagaimana Sunan Musafir mengetahui siapakah sebenarnya bapa yang disangka hanya seorang Kiai di kampungnya.
Pengisahan kali ini juga akan menceritakan siapa sebenarnya Ratna, isteri kepada Laksamana Sunan. Bagi yang belum membaca trilogi ini dari permulaan, pasti akan merasa keliru sedikit dengan jalan cerita ini. Bagi yang telah membaca 5 siri Laksamana Sunan ini, maka akan merasa sedih sedikit. Kerana ini merupakan penutup kepada kisah penjelajahan dan kehebatan Laksamana Sunan yang sangat berani itu. Aku sangat-sangat menyarankan korang baca siri trilogi cerita ni. Sebab korang akan dibawa melangkaui satu zaman yang tak akan korang percaya. Jalan penceritaan yang bersahaja dan mempunyai cara penyampaiannya yang tersendiri akan menambat hati korang semua macam mana ia telah menambat hati aku. Hohoho.
So untuk yang berminat nak baca dari mual, aku senaraikan tajuk-tajuk buku tu dalam urutan supaya korang tak keliru mana satu nak baca dulu
* BAGAIKAN PUTERI
*CINTA SANG RATU
* HIJAB SANG PENCINTA
*CINTA SUFI
*SUTERA BIDADARI
*SUNAN MUSAFIR
Selamat membaca
^_^
No comments:
Post a Comment