Aku tak tahu ape masalah dengan otak aku ni. Memang tak boleh absorb betul semua love story yang ade kat bumi ni. Tak lah semua. Cuma ada dua tiga cerita je yang betul2 aku tengok sampai habis. Agak kalau produser or pengarah cite tu boleh sujud syukur kalau aku bole habiskan tengok cerita cinta nukilan mereka tanpa aku blah macam tu je diminit ke-20 cerita tu.
Seriously. Bukan tak nak tengok. Nak. Tapi cliche sangat. Buat aku menyampah dan lagi rela tengok cerita kartun and anime dari tengok cerita cinta tu. Agaknya sebab tu aku ni tak pandai sangat nak jaga hati orang aku sayang kot. Tapi dia kata aku pandai jaga hati dia. tapi aku rasa tak.
(>.<)
Abaikan je lah. So. This is a few of the love novels and movies and dramas that I watch and read.
1. Adam dan Hawa
2. Kampung Girl
3. My Fake Fiancee
4. A Cinderella Story
5. Another Cinderella Story
6. I Hate Love Storys
7. You're Beautiful
8. I'm Not Single
9. Boys Over Flower. (bkn pompuan rambut pendek keje dobi. tp yg ni pompuan rmbut pnjang n keje kat kedai kopi.)
Saturday, August 24, 2013
Bila aku melawan. Orang kate aku kurang ajar.
Bila aku diam. Orang pijak kepala aku.
Bila aku meminta. Orang perlekehkan.
Bila aku memberi. Orang mengata.
Ape yang orang mahukan sebenarnye ?
Bila tak memahami dan hanya mahu menang.
Ke laut lah jawabnye.
Faham sebab dan mudabab.
Fikir hikmah
Friday, August 23, 2013
Keinginan ?
Kemahuan ?
Apa semua tu ?
Betul. Aku tak tahu. Sebab aku sendiri tak tahu apa keinginan dan kemahuan aku.
Kenape ?
Sebab segala kemahuan dan keinginan aku tak pernah tertunai.
Sejak dari itu aku buang semua kemahuan dan keinginan aku dari kamus hidup aku.
Aku dah tak tahu ape kemahuan dan keinginan aku yang paling utama.
Tuesday, August 20, 2013
Takut.
Suatu perkataan yang menjadikan aku begitu lemah.
Suatu perkataan yanng sering menghantui tidur malamku.
Semalam.
Ketakutan yang hanya muncul disisi ketika akal tidak sedarku wujud, kini berada dihadapanku.
Ia melambai penuh makna.
Memberikan senyuman penuh erti. Sinis memerhati.
Aku takut.
Sedikit demi sedikit ia mendekati.
Air mataku tumpah setiap detik ia mendekati.
Hatiku galau setiap langkah ia merapati.
Aku sedih.
Kenapa ? Bukan aku harus melawan ketakutan itu ?
Bagaimana harus aku lakukan jika ketakutan itu akan membuatkan aku kehilangan sesuatu yang sangat aku sayangi.
Membuatkan aku hilang arah tujuan dan senyuman dari wajahku.
Mungkin wujud secebis senyuman itu, tapi palsu mungkin.
Sungguh.
Aku tak mahu kehilangannya.
Aku tak sekuat yang kamu semua katakan.
Aku tak tahu apa yang bakal aku lakukan jika aku kehilangannya.
Dia umpama cahaya dalam duniaku.
Hilang dia. Hilanglah cahaya duniaku.
Maka hiduplah aku dalam kegelapan.
Aku pohon.
Bawa aku dan dia ketempat dan jalan yang sebenarnya.
Saturday, August 17, 2013
Seriously. Aku terkadang tak paham jugak dengan keadaan emosi dan otak aku ni. Orang selalu kate otak dan emosi ni tak sealiran. Tapi aku, kedua-duanya bagaikan sahabat karib !
Seringkali orang tak faham ape yang berlaku dalam kepala aku. As if ade orang pernah nak cuba faham kan. Takde sape penah nak faham otak aku macam mane. Kecewa doe. Serius kecewa.
Family aku pon da lali dengan aku. Contoh macam majlis rumah terbuka kitorang. Dah tak payah sesebok tanye aku nank pakai baju ape, sebab memang aku tak akan keluar rumah. tak akan cuba nak gi salam dan kenal manusia-manusia yang datang tu. Sebab ?
Aku tak macam ahli keluarga aku yang laen. Aku lebih macam arwah. I am the silent one. Kalau dalam cite you're beautiful aku lebih kepada yong hwa kalau dengan family aku. tapi bile aku dengan kengkawan aku, aku lebih kepada lee hong ki. kenape ? entah. sebab aku rasa bila dengan family aku, aku tak pernah dihargai. sejak aku da meningkat dewasa ni lah. even adik2 and kakak2 aku pon tak pernah tahu tarikh penting hidup aku.
Dalam family aku hidup dalam dunia hikari nakamura aku. Aku mengaku. aku yang asingkan diri aku sendiri.
Wednesday, August 14, 2013
Entry kali ni aku buatkan khas sempena menjawab persoalan yang telah dilemparkan (ewah, lempar ko Jah. haha) oleh tunang aku sendiri.
"Kenape sayang suka bintang ?"
Demikian soalan lemparan beliau. Hoho. Jadi beginilah jawapan saya.