Entry kali ni aku buatkan khas sempena menjawab persoalan yang telah dilemparkan (ewah, lempar ko Jah. haha) oleh tunang aku sendiri.
"Kenape sayang suka bintang ?"
Demikian soalan lemparan beliau. Hoho. Jadi beginilah jawapan saya.
Apesal aku suka sangat dengan bintang eyh ? Alamat blog aku ni pon bintangcomot.blogspot.com
Termangu sendiri mase soalan tu terlempar kembali pada aku. Al maklum lah. Dulu takde sorang pon yang suka tanye itu ini dekat aku. Persoalan itu membawa aku kembali pada saat-saat aku mula jatuh cinta pada bintang.
Dulu selepas arwah takde. Aku sendirian. Bertahun aku berusaha mencari siapa diri aku. Apa kehendak aku. Untuk siapa aku perlu hidup.
Aku ibarat layang-layang yang putus talinya. As far as I could remember, Arwah adalah orang yang paling berpengaruh dalam hidup aku saat itu. Sampai satu saat, aku jumpa SWAN STARZ. Mereka ibarat pengganti kepada arwah. Untuk pengetahuan, SWAN STARZ adalah kumpulan yang aku dan 13 lagi sahabat tubuhkan. Aku dan 13 orang ni memang rapat. Ape je kami akan sambut sama-sama. Siap ade baju kumpulan dan aku sebagai pelukis rasmi logo kumpulan tu. Tak dapat tunjuk design logo tu sebab aku tak scan lagi. huhu. Kengkawan aku ni ibarat cahaya yang menerangi malam suram aku. Bukan bulan ! Tapi bintang yang berusaha membawa satu sama lain mencorak sesuatu yang indah di langit kelam.
Ni satu sebab kenapa bintang menjadi kesukaan aku.
Sebab kedua. Aku suka bintang sebab bintang tak macam bulan. Bulan hanya cantik dengan bantuan matahari. Tanpa matahari, bulan memang tak cantik. Gelap. Sejuk dan suram. Tak macam bintang.
Bintang tak perlu bantuan untuk tampil cantik. Bintang adalah bintang. Cantik bintang tu datang dari diri dia sendiri. bersinar di malam kelam. Menghiasi langit suram. Menceriakan malam sunyi aku. Aku nak jadi macam bintang.
Cantik sebab kebolehan diri sendiri. mengindahkan malam sunyi sesiapa pun. Membawa senyuman kepada yang menangisi.
Sebab ketiga. Aku menyukai bintang sebab bintang adalah simbol kasih sayang aku pada seseorang. Kalau hujan menjadi simbol buat aku menyimpan kenangan. Bintang menjadi simbol untuk orang yang aku sayangi.
Seorang sahabat pernah berkata pada aku,
"kalau kau rindukan seseorang, pandang ke langit malam. Carilah bintang yang paling cerah. Pejamkan mata dan letak tangan ke dada sambil sebut namanya. Kau akan rasa dia disisi."
Sebenarnya dia cuma nak pujuk aku yang menangis sebab rindukan adik-adik aku. Tapi aku percaya cakap dia. Sampai sekarang aku masih buat macam tu. Macam magis, Ia menenangkan aku dan buat aku rasa orang yang aku rindu tu kat sisi aku. Tapi disebabkan sekarang macam payah jadi kawan baik aku hadiahkan seutas rantai silver berloketkan bintang untuk aku masa hari lahir aku. Sekarang bila aku rindukan seseorang, aku hanya perlu pegang rantai aku, pejam mata dan sebutkan namanya. Aku tak percaya 100% sebenarnya. Mengundang syirik. Tapi aku niatkan untuk menenangkan perasaan aku yang terlampau rindukan seseorang tu.
Jadi, itulah sebab musabab kenapa aku menyukai bintang.
No comments:
Post a Comment