Thursday, February 21, 2013
Sunday, February 10, 2013
Kali ni aku nak perkenalkan salah satu buku yang berjaya menambat hati aku nih. Bukan senang nak tengok aku baca buku-buku cintan camni.
Tajuk buku nih Coke and Sundae.
Penulis buku ni betul-betul pandai guna semua kata-kata yang bernas untuk tambat jiwa ganas aku ni. Dalam kata lain, ayat dan struktur kata-kata dalam cerita ni mudah difahami. Tak mengarut. Tak banyak sangat konflik yang memeningkan. Tak jiwang sangat.
Mari aku bagi kesimpulan pasal keseluruhan jalan cerita buku ni.
Cerita ni mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Azyan yang tersangatlah gagah perkasa. Means, ganas. Sangat tegas orangnya, pantang dikacau, bijak, lincah, comel, dan yang penting sangat slow. Dia mempunyai seorang rival yang sangat berani. Iaitu seorang lelaki bernama Syakir yang dia kenali dari zaman sekolah lagi. Dua orang ni kalau dah berjumpa. Memang tak akan pernah aman dunia ni. Bercakaran sesama sendiri. Hanya Syakir ni je yang mampu bertekak, bertumbuk dan bertelagah dengan Azyan.
Kenape ?
Sebab Azyan gadis pertam dan terakhir yang berjaya menambat hati lelakinya. Tapi Syakir ni tak pandai nak jiwang-jiwang karat ni. Cara dia ngorat si Azyan ni hanya berbekalkan pergaduhan dan percakaran mereka tiap hari.
Meski satu kolej dah tahu yang si Syakir ni suka gila nak mati kat Azyan. Azyan ni punya la slow. Tiap hint yang orang bagi kat dia. Sumer dia tak dapat tangkap. So memang Azyan sorang je lah yang tak tahu Syakir ni suka kat dia.
Dua orang ni memang gila ramai peminat. Especially si Syakir. Syakir ni pakej dia memang lengkap. Dari kacak bergaya sampai la bijak yang amat. Tapi tu lah. hati dia hanya untuk Azyan sorang. Banyak la peristiwa kelakar yang ada dalam cerita ni.
Seriously. ini adalah buku yang patut korang baca. Untuk korang-korang yang tak berape suka jalan cerita yang meleret dan menyesakkan otak. Buku ni pilihan yang bagos untuk korang.
Conclusion.
Cite ni simple, fun, kelakar, menawan hati.
Try and read it.
Aku sertakan sekali details pasal buku ni. Kot-kot korang berminat nak cari kan
Tajuk : coke and sundae
Penulis : Ilya Abdullah
Penulis : Ilya Abdullah
Penerbit : Kaki novel
^_^
Saturday, February 09, 2013
Thursday, February 07, 2013
Sunday, February 03, 2013
Friday, February 01, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)