-->
Takut.
Suatu perkataan yang menjadikan aku begitu lemah.
Suatu perkataan yanng sering menghantui tidur malamku.
Semalam.
Ketakutan yang hanya muncul disisi ketika akal tidak sedarku wujud, kini berada dihadapanku.
Ia melambai penuh makna.
Memberikan senyuman penuh erti. Sinis memerhati.
Aku takut.
Sedikit demi sedikit ia mendekati.
Air mataku tumpah setiap detik ia mendekati.
Hatiku galau setiap langkah ia merapati.
Aku sedih.
Kenapa ? Bukan aku harus melawan ketakutan itu ?
Bagaimana harus aku lakukan jika ketakutan itu akan membuatkan aku kehilangan sesuatu yang sangat aku sayangi.
Membuatkan aku hilang arah tujuan dan senyuman dari wajahku.
Mungkin wujud secebis senyuman itu, tapi palsu mungkin.
Sungguh.
Aku tak mahu kehilangannya.
Aku tak sekuat yang kamu semua katakan.
Aku tak tahu apa yang bakal aku lakukan jika aku kehilangannya.
Dia umpama cahaya dalam duniaku.
Hilang dia. Hilanglah cahaya duniaku.
Maka hiduplah aku dalam kegelapan.
Aku pohon.
Bawa aku dan dia ketempat dan jalan yang sebenarnya.
MILIK KEKAL COMOT
No comments:
Post a Comment