-->
Lelaki.
Lelaki itu gagah.
Lelaki itu pelindung.
Lelaki itu tegas.
Gagah pada kekuatannya.
Pelindung pada sifatnya.
Tegas pada pendirian dan egonya.
Lelaki itu seorang bakal imam.
Imam buat bakal keluarga yang akan dibinanya.
Imam buat mahligai indah yang dihiasi isteri dan anak-anaknya yang soleh dan solehah.
Namun disebalik kegagahannya,
Terselit jua sedikit kelembutan.
Lembut tika dia merindu.
Lembut tika dia memujuk.
Lembut tika dia mengasihi.
Kelembutan ini hanya terlihat tika dia bersama insan yang paling disayanginya.
Walau sifatnya kasar, tegas dan mungkin sedikit baran.
Terdapat sisi lembut, halus dan penyayangnya.
Lelaki itu tidak sentiasa kasar.
Lelaki itu tidak sentiasa tegas.
Lelaki punya kesabaran.
Lelaki punya keadilan.
Sabar tatkala berhadapan dengan kerenah kehidupan.
Adil tatkala membuat keputusan.
Kesimpulannya.
Lelaki itu tidak semestinya jahat.
Tidak juga semestinya kejam.
Penilaian itu terletak kepada seberapa logik dan jauh kita melihat sesuatu itu.
Pepatah ada mengatakan "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"
Buat lelakiku,
Aku sangat menghargai kamu,
Sangat menyayangimu.
Aku akan terus cuba sedaya upayaku untuk menjaga hatimu.
Terus juga mencuba sebaik mungkin untuk menjadi makmum terbaikmu
Buat kamu diluar sana.
Hargai lelakimu
^_^
MILIK KEKAL COMOT
No comments:
Post a Comment