-->
Kesalahan.
Kemaafan
Saling berkait dan saling bertaut.
Tapi, acap kali kita terlupa akan pertautan ini.
Acap kali juga kita mengatakan kesalahan itu tiada kemaafan disebaliknya.
Sungguh aku katakan
Kita tersilap.
Setiap kesalahan itu punya kemaafan disebaliknya.
Dalam Islam juga ada perkaitan ini.
Setiap kesalahan yang kita lakukan, Allah tetap berikan kita kemaafan.
Persyaratannya ?
Hanya taubat nasuha ^_^
Sering juga kita mendengar orang mengatakan, Sedangkan nabi ampunkan umatnya.
Tapi aku tahu, kemaafan itu sukar diperole.
Aku sendiri, sehingga sekarang masih lagi tak mampu memberi kemaafan kepada sesetengah manusia.
Tapi,
Si pemberi kemaafan itu adalah orang yang paling indah dari pandanganku.
Kerana, dia sanggup merendahkan egonya dan melunturkan kemarahannya untuk memberi kemaafan.
Orang seperti ini adalah orang yang sangat aku sanjungi.
Aku masih berusaha untuk memberi kemaafan itu.
Usaha tangga kejayaankan ?
^_^
MILIK KEKAL COMOT
No comments:
Post a Comment