Cerita bermula dengan kewujudan seorang gadis kecil yang periang dan sangat teruja untuk berkawan dan mengenali apa sahaja disekelilingnya. Indah namanya. Dia seorang yang sangat naïf dan lurus. Tapi ketulusan hati dan kebaikan hatinya menutup kedua kelemahannya itu. Hidupnya penuh dengan keceriaan namun disebalik keceriaannya itu terselit cerita hitam yang menyelubungi seluruh hidupnya. Cerita yang membuatkan dia tak pernah mahu mendekati sesuatu yang dikenali dengan nama ‘Amore’. Cerita diteruskan lagi dengan kemunculan seorang jejaka nakal dan suka mengembara. Dia merupakan seorang yang sangat suka bergurau dan teruja untuk mempelajari sesuatu yang baru. Berbeda dengan Indah yang sangat suka bercakap, Indera, adalah seorang yang pendiam. Namun jika dilihat atau dikenali dengan lebih mendalam, dia adalah seorang yang sangat menyeronokkan.
Cerita mereka bersatu pabila sang Takdir membisikkan pertemuan mereka pada sang Waktu. Sang Takdir memutuskan mereka bertemu pada waktu yang sangat tidak mereka duga akan menyatukan hati mereka buat satu jangka masa yang lama. Untuk memudahkan cerita, mereka bertemu pada saat Indah kehilangan loket bintang kesayangannya di sungai. Dengan wajah yang dipenuhi kekalutan dan kerisauan,, Indah mencari loket yang menjadi sumber kekuatannya. Sang Waktu bertindak bijak pabila dia dan Indera dipertemukan tatkala Indera mengambil loket tersebut yang tersangkut pada tangkai sekuntum bunga hutan. Sedang Indera mengamati loket bintang kepunyaan Indah, muncul Indah dari sebalik pohon. Dengan wajah yang kusut, Indah terlihat loket kesayangannya pada tangan milik Indera. Namun Indah yang naïf itu menyangka indera mahu mengambil loket kepunyaannya.
“Hey! Bagi balik loket Indah!”
Indera yang kaget berpaling berhadapan dengan Indah yang dalam keadaan comot hasil dari pencariannya. Belum sempat Indera mahu berkata sepatah pun, sebiji epal dilontar kearahnya.
“Hoi! Agak lah. Dah la datang tak bagi salam. Main baling-baling je kan? Ingat aku ni padang sasar sukan panah ke ha?”
“Memang! Bagi balik loket aku tu. Ko tu tak sesuai lansunglah dengan benda tu. Bagi balik cepat!!”
“Ewah bulan ko ye. Jadi loket buruk ni ko punya la ye. Jangan harap la aku bagi balik. Selagi ko tak mintak maaf kat aku, sampai ke tua la ko tak akan dapat benda alah ni. Titik.”
“Tapi...”
“Takde tapi-tapi. Ko nak ambik balik kan, datang mintak maaf kat aku.”
Seraya itu Indera meninggalkan Indah begitu sahaja. Indah yang masih tidak berpuas hati mengekori Indera sehinggalah mereka tiba di sebuah rumah yang sangat dikenali oleh Indah. setibanya mereka disana, mereka disapa oleh satu suara yang sangat dikenali oleh Indah.
“Ha..dah sampai pun orang jauh ni. Eh. Indah pun ada. Naik la sekali.”
Rupanya Indera merupakan anak tunggal kepada keluarga angkat Indah. Sang Takdir dan Sang Waktu meraikan kejayaan mereka menyatukan keduanya.
Ekoran daripada itu, Indah dan Indera sering bertemu. Indera tidak pernah memulangkan loket kepunyaan Indah. meskipun pertemuan mereka sering disulami dengan pergaduhan, jauh di sudut hati, Sang Cinta telah menyemai benih rasa. Sang Takdir meneruskan cerita.
Pertemuan mereka yang kerap itu telah menimbulkan rasa senang didalam hati masing-masing. Jika sehari mereka tidak bertemu, tingkah mereka menjadi serba tidak kena. Apa sahaja yang dilakukan tidak akan menjadi malah di kotak fikiran masing-masing akan terbayang wajah orang yang dirindui. Namun begitu, Sang Ego membataskan rasa yang kian menggebu. Dek kerana takut mereka hanya bertepuk sebelah tangan, mereka hanya mendiamkan diri dan cuba menafikan segala yang dirasa. Penafian demi penafian dibuat. Mereka bertemu dan berpisah. Meski hati mahu apa yang dirasa diluahkan, ketakutan dan ego membuatkan mereka terus menjadi kaku dengan perwatakan masing-masing. Walaupun mereka mahu menyembunyikan apa yang dirasa, sahabat disekeliling bijak menghidu. Pelbagai cara dan taktik telah dilakukan untuk menyatukan mereka. Namun, Sang Ego tetap berdiri teguh tanpa berganjak sedikit pun.
Akhirnya, satu peristiwa telah merobohkan tembok yang dibina oleh Sang Ego. sang takdir akhirnya menunjukkan kekuatan yang dimiliki. Bersama Sang Waktu dan Sang Cinta mereka bersatu. Indah yang sedang bermain buaian bersendirian dibawah pokok dimana dia dan Indera pertama kali bertemu sedang diperhatikan dengan pandangan jahat seseorang. Indah yang leka bermain tidak perasan akan kewujudan sang empunya mata. Perlahan sang empunya mata mendekati dan ianya terjadi. Rupanya sang empunya mata itu adalah lelaki yang lama menyimpan perasaan terhadap Indah. sejak kehadiran Indera, dia tidak lagi mempunyai peluang untuk mendekati Indah. Cemburu dan amarah menjadi satu dan akhirnya dia membuat keputusan untuk memiliki indah dengan cara yang salah. Indah yang menjadi mangsa hanya mampu berdoa bahawa akan datang seorang wira yang akan menyelamatkannya. Namun hatinya hanya mampu menjerit “INDERA!!!!!!!!”
Kuasa Dia Yang Satu. Indera yang sedang dalam perjalanan menuju ke tempat pertemuan mereka terdengar jeritan Indah. hatinya berdegup kencang. “INDAH?!” Wajah ceria Indah terbayang di ruang legar fikirannya. Hatinya kuat mengatakan bahawa Indah dalam bahaya dan dia perlu menyelamatkan Indah walau apa pun yang akan terjadi. Setibanya dia ditempat tersebut, dia melihat lelaki itu sedang cuba menyakiti Indah yang dalam ketakutan. Melihatkan orang yang disayanginya dalam bahaya, Indera segera menghadiahi sebuah tendangan maut kepad lelaki itu. Tersungkur sejenak dia di atas tanah sebelum dia bangkit semula untuk melawan Indera.
Langkah demi langkah diatur dan diberikan. Akhirnya lelaki itu tumbang dan berlari mengundurkan diri. Indera maju untuk mendapatkan Indah yang dalam ketakutan. Perlahan wajah Indah disentuh. Air mata membasahi pipi lantas jemarinya menyeka air mata yang membasahi pipi Indah.
“Maafkan aku.”
Indah hanya mendiamkan diri. Namun jemarinya kemas menggenggam tangan Indera.
“Kamu tak salah pape. Aku yang nak pergi dulu sebelum kamukan. Aku yang tak dengar kata kamu. memang patut pun benda ni jadi kat aku”
“Tak. Aku yang salah. Sepatutnya aku jaga kamu. kamu tanggungjawab aku. Aku tak akn benarkan sesiapa pun sakitkan kamu. sebab aku...”
“Sebab kamu apa?”
“Sebab aku.....sayang kamu”
Sepi menguasai. Indah dan Indera hanya bisu. Indah terkedu sementara Indera hanya tunduk menahan malu. Perlahan senyuman terukir diwajah Indah. Tangan Indera digenggam kemas.
“Aku juga sayang kamu.”
Sang Takdir menjerit kegirangan. Dua orang asing yang dahulunya bertemu dengan pertengkaran akhirnya menjadi satu....
No comments:
Post a Comment