Love Life. Cinta Kehidupan, Kehidupan Cinta. Whether kamu perasan atau tak, dua frasa tu adalah nama bagi blog Comot ni. Comot tak sangka yang waktu ni akan tiba. Waktu dimana akan ada seseorang bertanyakan apa maksud dua frasa tu. Pada awalnya Comot tak pernah expect orang akan tanya atau persoalkan tentang dua frasa yang Comot guna. Tapi, jangkaan Comot jauh meleset sebab dah ada orang yang tanya pada Comot apa makna dua frasa tu. (siapa dia?) ehe..tak perlu tahu la. cukup kamu tahu yang dia adalah salah sorang orang yang sangat-sangat Comot sayang.
Back to our main story, love life membawa makna yang sangat besar dalam hidup Comot. Kenapa? Sebab dua perkataan tu yang dah kembalikan Comot ke dunia nyata. Dua perkataan tu jugak yang dah sedarkan Comot betapa pentingnya hidup dan cinta. To be exact, cinta bawa maksud yang sangat banyak. Banyak kerana setiap orang punya persepsi berbeda tentang cinta. Tapi bagi Comot, cinta tu adalah sayang kita pada sesuatu atau seseorang yang membuatkan kita berusaha untuk menjadi seseorang yang setia, jujur dan ikhlas dalam sesuatu perkara. Mungkin pelik dan berbelit sikit persepsi Comot tu, so, untuk senang, cinta dalam hidup Comot adalah Sayang, Setia, Ikhlas, Jujur dan Usaha. Bila adanya semua benda ni, barulah kita akan gembira dengan cinta bila dia datang pada kita. Tapi, cinta juga berkait dengan hidup. Sebab bila cinta ada, baru hidup akan muncul. Hidup ada dengan cinta. Jangan salah faham ayat Comot tu. Cinta tu boleh jadi cinta kepada apa sahaja asalkan kamu tahu batas dan sempadannya. Cinta tak akan hidup kalau kita langgar sempadan yang dah ditetapkan. Ramai yang terkandas sebab menyangka cinta tu bawa maksud penyerahan segalanya. Kat sini Comot nak betulkan sikit. Cinta memang ada sikit penyerahan. Tapi penyerahan yang dimaksudkan bukan penyerahan yang ada dalam budaya dunia sekarang. Penyerahan tu adalah penyerahan segala hati yang kita punya pada seseorang yang kita percaya.
Dulu Comot pernah hilang seseorang yang sangat-sangat berpengaruh dalam hidup Comot. Dia adalah segala-galanya bagi Comot. Dia memang seorang yang sangat penting dalam hidup Comot sampaikan tiap apa yang Comot buat hanya untuk dia. Pendek kata, Comot tak boleh hidup tanpa dia. Tapi, lepas Comot kehilangan dia beberapa tahun yang lepas, Comot jadi hilang arah. Comot tak tahu apa fungsi Comot untuk hidup sampailah Comot pernah buat keputusan untuk bunuh diri. (terukkan?) hidup Comot jadi tak teratur. Comot selalu sakit. Comot jadi seorang yang sangat teruk sampai mak Comot menangis sebab Comot. Dia tak sangka yang Comot boleh jadi sampai macam tu. Sampai la satu hari, Comot tengah duduk sorang-sorang sambil fikir apa yang Comot nak buat. Tiba-tiba Comot terdengar ada orang cakap “ love your life”. Masa tu Comot terfikir, apa yang Comot da buat dengan hidup Comot? Baru Comot mengerti yang selama Comot menangisi kepergian dia, Comot dah lukakan hati ramai orang. Terutama mak. Semua mengharapkan Comot akan kembali kepada Comot yang asal tapi Comot dah hampakan hati mereka. Comot rasa bersalah dan sejak hari tu Comot cuba untuk jadi seperti Comot yang asal. (macam dah jauh menyimpangkan?)
Konklusinya, kita hidup dikelilingi dengan ribuan kasih sayang. Kita sendiri lahir dari sayang. Sayangnya kita pada kehidupan tak bererti kita perlu lakukan semua perkara yang mampu menggembirakan kita sehinggakan kita lupa pada batas dan sempadan yang ada. Sayang kita pada kehidupan bererti kita perlu lakukan semua perkara yang mampu bawa hidup kita kearah yang lebih baik. Dan apabila kita da sampai ke peringkat itu, perlahan-lahan cinta akan datang pada kita. Perlahan lahan hidup dan cinta akan sebati dalam jiwa. Dan perlahan-lahan kegembiraan akan menyusul dan seterusnya kita akan menjadi seseorang yang lengkap. TAPI. Cinta, sayang,hidup dan kegembiraan ni tak akan ada kalau kita tak ada keredhaan dari yang Satu. Jadi...dapatkan dahulu keredhaan dari Dia. Dan insyALLAH kita akan dapat apa yang kita hajatkan.
*ayat pelik kit...ehe..
No comments:
Post a Comment