ada cite aku nak share sebenarnya...cite tu xde la bez mane..tapi ok la kalu dibuat cite mase minom petang..ehe..
korang perasan tak kat bulan tu ada bentuk corak cam pokok dan ada sorang budak lelaki duduk kat bawah pokok tu macam tengah menunggu sesuatu? well..maybe ada yang da penah dengar cite ni..tapi aku nak gak cite kat korang sebab cite ni la yang berjaya buat aku tersenyum setiap kali bulan penuh
persahabatan memang indah, lebih indah kalau persahabatan tu kita hiasi dengan kejujuran dan keikhlasan. tapi macam mana pulak kalu persahabatan tu sebenarnya lebih dari apa yang kita semua fikirkan? lebih-lebih lagi kalau persahabatan diantara lelaki dan perempuan. pasti kite tahu apa yang akan muncul disebalik tu kan?
Dulu ada sepasang kekasih yang tak pernah mengaku yang mereka ni saling mencintai. walaupun dalam hati sering berdetak dan mengatakan " aku sayang kamu", perasaan ego dan takut jika persahabatan yang dibina selama ni hancur menghalang mereka untuk meluahkan perasaan tu.
Sehinggalah pada suatu hari, gadis tu ditakdirkan untuk pergi jauh daripada sang jejaka tu. Gelisah, ragu, risau, sedih semua bercampur menjadi satu. bimbang perasaan yang disimpan selama ni tak akan ada peluangnya untuk dilafazkan. Maka mereka pun berjumpa untuk kali yang terakhirnya dibawak pokok rendang ditepi sebuah tasik tempat mereka selalu berjumpa. sang jejaka meluahkan rasa ragu bahawa mereka mungkin tak akan berjumpa lagi dan gelisah jika gadis itu melupakannya. si gadis hanya tersenyum walaupun hati meronta sakit. Lantas si gadis menghulurkan seutas rantai berbentuk bulan kepada sang jejaka.
"kalau kamu rindu padaku, genggam kalung ini dan sebut namaku pada setiap kali bulan menjelma. Aku pasti ada disisi kamu."kata gadis itu sambil tersenyum. maka jejaka itu pula menghulurkan seutas rantai juga kepada si gadis. Rantai yang berbentuk bintang itu bertukar tangan.
"Aku serahkan bintang kesayanganku ini untuk kamu jaga dengan sebaiknya. Rantai ini akan menjadi tanda sayang aku pada kamu. Dan jika kamu merinduiku, genggam juga rantai ini dan sebut namaku. Aku sentiasa ada disisi kamu walau apa pun yang terjadi"
Airmata yang ditahan sedari tadi gugur jua. Tangan gadis itu digenggam seeratnya. Lalu apa yang tak mampu diucapkan selama ini terluah jua.
"wahai bintang yang aku sayangi, sejak aku bertemu kamu beberapa tahun dahulu, hatiku telah berjaya kamu takluki. Aku jadi gelisah jika kamu tidak berada disisiku. Sehari aku tidak bertemu kamu, aku rasakan hari-hariku kelam dan tidak bercahaya...Maka aku mahu kamu tahu yang sesungguhnya aku sayang padamu"
"wahai bintang yang aku sayangi, sejak aku bertemu kamu beberapa tahun dahulu, hatiku telah berjaya kamu takluki. Aku jadi gelisah jika kamu tidak berada disisiku. Sehari aku tidak bertemu kamu, aku rasakan hari-hariku kelam dan tidak bercahaya...Maka aku mahu kamu tahu yang sesungguhnya aku sayang padamu"
Gadis itu tersenyum, dalam tangis dia berkata bahawa dia juga menyayangi jejaka itu. Lantas mereka berjanji yang dalam masa 5 tahun mereka akan berjumpa kembali ditempat yang sama.
5 tahun berlalu. rindu yang dipendam selama ini akhirnya akan menemui pengakhirannya. Si gadis dan sang jejaka itu sangat-sangatlah teruja untuk bertemu satu sama lain. Pada hari yang dinantikan, sang jejaka telah siap menunggu gadis itu dibawah pokok itu. Sambil mengenggam rantai bulan dia berdoa yang pertemuan ini akan mambuatkan dia memiliki gadis itu buat selamanya. Gadis itu juga merasakan yang sama seperti jejaka itu. Namun malang tidak berbau. Gadis itu kemalangan ketika dalam perjalanan untuk menemui jejaka itu. Rantai bintang yang dihadiahkan jejaka itu tergenggam erat dalam tangan kecil miliknya walau darah merah sudah memenuhi seluruh tubuhnya. Kata terakhirnya hanya " Bintangku, aku sayang kamu". Lalu, gadis itu pergi menemui penciptanya.
Jejaka ini tidak mengetahui apa yang berlaku kepada gadis itu, walaupun hatinya dipenuhi rasa gelisah, dia masih menguatkan dirinya untuk menunggu gadis itu di situ. Sehinggalah seorang sahabat datang membawa khabar tentang kepergian gadis itu. Rantai bulan yang digenggam di genggam semakin erat. Airmata memenuhi ruangan matanya. Sedikit pun dia tidak mempercayai khabar yang baru sahaja didengarinya. Gadis yang dipuja dan dinanti telah pergi meninggalkan dirinya. Perlahan tubuhnya jatuh menyembah bumi...
Sebulan berlalu, sang jejaka itu masih lagi menanti dibawah pokok itu. Tidak terlintas sedikitpun untuk dia meninggalkan tempat dia berpijak. Meski ramai yang cuba memujuk, hatinya tetap disitu. Mungkin ada yang mengatakan bahawa dia gila. Namun itulah kuasa cinta sejati. Sayangnya jejaka itu pada gadis yang telah pergi meninggalkan dunia ini sangat kuat sehinggakan taufan yang datang melanda tak mampu menggoyahkan cintanya. Kekuatan cinta sang jejaka itu telah meruntun hati pari-pari hutan. Padanya, penantian jejaka itu tidak seharusnya berakhir sedemikian rupa. Lalu dia mengambil keputusan untuk pergi menemui jejaka itu.
Seperti sangkaan, jejaka itu masih lagi disitu. Duduk dibawah pokok yang sama sambil jemarinya mengenggam erat rantai kepunyaan gadis itu. Perlahan pari-pari itu mendekati jejaka itu.
“mahukah kamu jika aku pertemukan kamu dengan bintang kesayangan kamu?”
“mahukah kamu jika aku pertemukan kamu dengan bintang kesayangan kamu?”
Soal pari-pari hutan kepada jejaka itu. Tidak berkelip mata jejaka itu memandang wajah pari-pari hutan itu. Hanya mata penuh pengharapan yang menghiasi wajah jejaka itu. Lantas pari-pari itu mengemukakan syaratnya.
“jika kamu mahu itu terjadi, akan aku tunaikan tapi, kamu harus mengorbankan kehidupan kamu disini. Aku akan jadikan kamu sebahagian daripada bulan yang cerah da dia akan aku jadikan bintang untuk menemani dan menhiasi harimu. Namun, kamu hanya akan bertemu pada setiap kali bulan penuh. Setiap kali kamu Berjaya menghilangkan rawan dihati sesiapa yang melihatmu, bintang itu akan semakin dekat padamu.”
Tanpa berfikir panjang, jejaka itu menerima syarat yang telah ditetapkan oleh pari-pari hutan itu. Maka jadilah dia sebahagian daripada bulan dan gadis itu menjadi bintang paling cerah yang sentiasa menemani jejaka tersebut.
Sehingga sekarang, jika kita perhatikan bulan pada setiap bulan penuh, akan ada sebutir bintang paling cerah yang sentiasa berada dekat dengan bulan itu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
itu jer yang aku nak share..ehe..
No comments:
Post a Comment