Milo. Minuman sehari-hari aku. Biasa kot bagi pendengaran korang. Tapi, setiap minuman ada cite mereka tersendiri. Sama jugak macam milo. Milo mungkin minuman yang murah bagi korang. Tak macam espresso, capucinno atau mana-mana minuman berjenama yang lain. Tapi, percaya atau tak, milo boleh jadi perantara untuk korang luahkan sesuatu. Mesti tak percayakan? Ehe...terserah kalau nak percaya atau tak. Tapi cite aku yang seterusnya ni mungkin akan mengubah persepsi korang tentang milo.
Aku ingat lagi, waktu tu hujan lebat, habis basah baju aku dek tempias hujan. Kete aku lak rosak hasil kreatif member aku yang terlampau berseni. “ sori la bro. Kete lu barai lo”. Tak ke hampeh kalau korang dengar ayat macam tu? Hadoi la. Dengan angin kuat, hujan lebat tambah lagi dengan aku yang tengah demam ni. Memang la padanan hebat kalau demam aku makin teruk pasni. Tengah aku membebel sorang-sorang, tetibe ada tangan kecil menghulurkan sekotak setin milo pada aku. Dan secara automatiknya mata aku teralih pada tuan empunya tangan. Saat mata aku terpandang wajah mulus pemilik tangan tu, wah! Cair hati aku. Comel sangat! Tak tipu. Walaupun dia tak make up macam gadis “hot” lain, dia tetap cantik.
“ambik la air ni. Air ni tak sejuk. Tapi boleh la kalau nak panaskan badan awak yang tengah sejuk tu”
Ucap gadis comel tu sambil tersenyum. Hadoi, tengok dia senyum pun dah buat aku jatuh. Comel sangat pun tak elok gak. Hehe.
Lebih kurang macam tu la cite perkenalan antara aku dan dia. Sampai sekarang air milo macam dah jadi air wajib untuk kami. Tiap kali aku dan dia berjumpa, mesti dia akan hulurkan setin air milo untuk aku. Kadang-kadang ada jugak aku tanya kenapa asyik air milo, tapi dia cuma tersenyum manis.
Perkenalan aku dan dia berlanjutan sehingga dia dan aku tamat pengajiann di kolej. Yang riangnya, aku dan dia telah ditakdirkan untuk bekerja dibawah bumbung yang sama. Member- member aku kata semua benda ni dah di takdirkan. Hah! Tapi ada pulak aku nak percaya bende kusut macam tu?? Tapi, masa kerja sama dengan dia, aku memang rasa best. Tahu kenapa? Disebabkan dia selalu ada dengan aku, semua orang kat office tu anggap aku dan dia ada something special. Aha! Kalau la betol. Ala, tak kan mungkin sebab dia pernah cakap yang dia ada someone special kat dalam hati dia. Okay, tu tanda yang aku memang tak boleh kacau dia. Haha. Tapi pelik tahu tak, aku tak pernah pun tengok dia pegi date. Ops, bukan nak kate aku ni bodyguard dia ke apa, tapi setiap tempat atau dengan sape dia pergi, dia mesti bagi tahu aku. Sabet apa macam tu kan? Haha. Buat aku rasa macam aku ni betol-betol bodyguard dia kan?. Sampai lah satu hari, bos aku panggil dia. Dia macam dah agak yang Encik botak tu akan panggil dia. Yang aku pelik, muka dia resah sangat. Selalunya lah kan, kalau Encik botak tu panggil, dia la orang yang paling selambe. Bak kate member aku, megi pun tak se-relek dia. Haha. Lepas dia keluar je dari bilik Encik botak tu, aku tengok muka dia pucat. Eh? Kenapa? Aku ni curious tahap megi dah. Jadi dengan muka toya, aku pergi la tanya dia.
“Ain, kenapa?”
Tapi dia tak jawab pun soalan aku tu. Sebaliknya dia tanya aku satu soalan yang aku memang tak pernah expect dia akan tanya.
“Adam, Adam sayang Ain tak?”
Eh? Mabuk milo ke budak kecik ni? Tak pernah hayat dia tanya aku macam tu. Tapi bila tengok muke megi dia tu, aku jadi serba salah. Jadi aku pun jawab la...
“ Mesti la sayang. Ain kan kawan Adam”
Aku perasan yang muka dia kecewa dengan jawapan aku. Tapi aku buat tak reti jer. Sampai balik kerja aku tak tahu apa yang dah jadi. Keesokkan harinya baru lah aku tahu kenapa. Ain cakap dia naik pangkat. Hehe. Hebat kan dia. Tapi orang naik pangkat hepi je, dia pulak buat muka toya. Pelik sangat.
“ok la kalau da naik pangkat. Tahniah ek”
“tapi Adam, Ain kene keje kat US for about a year. Maknanya, kite makin jauh la nanti”
Okay..berita yang aku dengar ni memang menyentak jantung aku. Berjauhan denagn Ain? Tak pernah lagi aku berjauhan dengan dia. Tapi aku buat muka selambe. Takde pape kot.
“yeke? Takpe la. Dapat gak Ain belajar benda baru natikan. Adam doakan yang terbaik untuk Ain ek”
Sekali lagi muka megi tu keluar. Ah, gedik la minah ni. Ain cakap dua hari lagi dia bertolak dan dia mintak aku hantarkan dia. Tapi malangnya aku tak boleh nak hantar dia sebab aku kena balik kampung. So terpaksa la dia pergi tanpa aku.
Seperginya Ain ke US, aku rasa kosong sangat. Makn tak lalu aptah lagi tido. Tapi aku mandi basah ye. Wangi lagi. Komunikasi antara aku dan dia terbatas. Mungkin sebab jarak, kos dan waktu. Ehe. Tapi serius, aku rasa sunyi bila dia takde. Dalam hati aku sangat-sangat rindukan dia. Kenapa ye? Lama gak la aku macam tu. Sampai la satu hari, masa tu aku tengah lepak kat taman yang selalu aku lepak dengan Ain. Macam biasa aku pun beli dua tin milo. Eh? Kenapa dua? Aku sorang je kan. Ain kan da takde. Tetibe aku rasa sedih sangat. Masa tu baru aku sedar yang aku ni dah lama jatuh sayang pada dia. Apa ke bodoh aku ni sebab tak pernah perasan padsa hati dan jiwa aku sendiri. Hadoi. Tengah aku tengah layan perasaan, satu tangan lembut menyentuh bahu aku.
“Adam kan? Eh, milo? “
Aku pelik. Perempuan mana pulak yang tahu nama aku ni. Sambil buat buat pelik aku angguk.
“ sori la kalu saya buat awak terkejut. Saya kawan Ain. Awak suka minum milo ye?”
“yup, lepas kenal dengan Ain saya jadi suka dengan air ni. Kenapa?”
“kalau awak tahu tak apa maksud milo ni?”
“tak. Kenapa?”
“saat Ain bagi milo kat awak, maknanya dia tanya, adakah awak sayang saya. And bila awak ambik milo tu, maknanya awak sayang dia. Kalau awak nak tahu lagi, sejak dulu lagi Ain memang dah jatuh hati pada awak. Dia selalu perhatikan awak.”
Bagaikan petir panah jantung aku, aku tersentak. Selama ni Ain suka aku? Kenapa aku tak pernah tahu perkara ni? Bodohnya aku sebab tak pernah perasan pasal bende ni. Hasilnya, sekarang mungkin Ain dah sangkut dengan mana-mana lelaki mat salleh kat sana. Hadoi la.
“Adam, ok tak ni? Saya ada kerja ni. Ah, kalau awak nak jumpa Ain, esok dia akan balik ke Malaysia. Flight dia maybe sampai pukul 3 petang.”
Masa tu aku rasa yang dunia aku ni bercahaya lah kejap. Jadi aku ambik keputusan esok aku akan tunggu dia kat airport.
So esoknya, pagi-pagi lagi aku da terpacak depan airport tu. Punya la excited nak jumpa dia. Hadoi la. Macam sengal kan? Punya la lama aku tunggu dia sampaikan aku tertido kat situ. Malu tu malu la gak. Tapi aku peduli apa. Sedar-sedar jam da pukul 3.40. Eh? 3.40??!! mati aku! Hadoi. Sedap sangat tido sampai aku tak sedar yang flight dia pukul 3. Mangkuk. Hancur, punah harapan aku. apa ke bengong la aku ni. Masa tu aku rasa aku la lelaki paling bodoh kat dunia ni. Gelap dunia aku. Tengah aku bersedih, tetibe ada tangan kecil menghulurkan setin milo pada aku. Eh? pelik aku. Pantas aku mengadap hamba Allah yang hulur milo tu pada aku. WAH!!!! Aku tak percaya lansung apa yang aku tengah tengok ni. Bidadari turun pada langit. haha. Bukan la. Nurul Ain Hawani!! Orang yang aku tunggu-tunggu. Cantiknya dia.
" Hai Adam. Lama tak jum.."
belum sempat Ain habiskan ayat dia, aku dah menyampuk
"Ain, Adam mintak maaf sebab selama ni Adam da buat Ain tunggu Adam. Adam dah tahu apa maksud milo Ain tu. sekarang ni Adam cuma nak Ain tahu yang Adam memang sayangkan Ain sejak dulu lagi. Adam tak mahu orang lain rampas Ain dari Adam. Sudi tak Nurul Ain Hawani ni jadi pemaisuri dalam hidup Muhammad Adam Haikal?"
memula aku tak sangka lansung yang aku boleh cakap macam tu. Tapi aku peduli apa. Yang aku tahu aku tak kan lepas kan dia pergi lagi. Cuak gile masa aku tunggu jawapan dari dia. TAnpa aku sangka, airmata keluar dari pelupuk mata dia. Eh? Kenapa ni? Aku da gabra. Hadoi, aku dah salah cakap ke?
"Adam, time kasih sebab dah faham apa yang Ain cuba sampaikan. Ain cuma nak cakap yang Ain....Sudi jadi pemaisuri hidup Adam"
Saat Ain cakap macam tu, aku rasakan dunia ni macam aku yang punya. Riang tak terkata. hehe. Aku ras macam aku nak peluk je dia, tapi aku tahu lagi batas aku. hehe. Syukur Alhamdulillah, apa yang aku mahu Allah dah kabulkan. Akhirnya Ain akan jadi milik aku selamanya. Tak sangka, hanya dengan setin milo, aku dan dia boleh jadi macam ni. Ehe. Apa pulak cerita korang?
No comments:
Post a Comment