Kamu tahu tak yang dulu hati kita semua ni sebenarnya adalah hati yang sepasang? Eh? Macam pelik je kan. Tapi serius. Dulu hati kita ni sepasang. Bukan macam sekarang. Apa bezanya comot? Eh korang ni, comot cakap betul la. Comot tak tipu. Tak caye tanya bintang comot ni...ehe
Cak!!
Dulu, hati kita memang sepasang. Tapi lepas satu kejadian, hati kita terpisah. Terpisah untuk satu jangka masa sehinggalah takdir akan menemukan kedua hati kita semula. Haa..maknanye.....tak yah fikir panjang...Maknanye comot ada lagi satu cerita la. Hehe..
Pada satu waktu yang dulu (eh, bukan ke pada zaman dahulu? Suka ati la..comot yang taip cite ni. Ehe. Gurau je) selain dari bumi, ada lagi satu tempat yang dipanggil Khayalan. Kat sini, semua yang kita fikir tak akan ada kat dunia nyata wujud. Dalam kata lain, apa je makhluk, tumbuhan, tempat dan kuasa magik wujud kat Khayalan. Tak faham lagi? Ok, pernah tak korang berangan nak naik unicorn? Tak mungkin kan sebab unicorn tak wujud (kecuali la kalau korang tampal tanduk kat kepala kuda) tapi, kat Khayalan unicorn ni wujud. Wujud sebab ia khayalan. Fahamkan sekarang. Ok. Back to our main topic.
Asal usul hati kita bermula kat sini. Dulu hati kita ni wujud dalam bentuk semangat. Semangat atau dalam bahasa kereknye spirit. Spirit ni pulak tak macam spirit yang lain sebab ia satu-satunya spirit yang wujud dalam bentuk pasangan.
Dah kalau sepasang, mesti la mana-mana pergi pun akan pergi sama-sama. Diorang berdua ni memang tak boleh berpisah. Walaupun perangai diorang ni berbeza, tak pernah sekalipun ia jadi penghalang untuk diorang. Ikot cerita, spirit yang sepasang ni istimewa sebab bila diorang bersama, diorang akan jadi berani, kuat, riang dan macam-macam lagi benda positif yang korang boleh fikir lah. Tapi, bila diorang berpisah, jangan cakap lah, diorang akan jadi down sangat-sangat. Diorang akan jadi tak lalu makan. Nak buat pape pun rasa macam ada benda yang kurang. Tu la sebab diorang tak boleh berpisah. Rupa diorang camne? Wah! Soalan cepumas. Ehe. Kalau nak kate rupa, rupa diorang macam kita jugak. Takde pun macam zombie, macam Pontianak, macam megi. Takde-takde. Diorang ni rupa bentuk sejibik macam manusia biasa. Nak kate yang sorang tu macam Heliza Helmi dan sorang lagi macam Jonny Depp pun boleh. Apa lak tak boleh. Ehe. Dalam bahasa kerek, their appearance is based on your imagination. Cewah. Hehe.
Biasalah kalau hidup, mesti ada yang baik jahatnya. Sama jugak kat Khayalan ni. Ada satu spirit jahat yang dipanggil Cemburu. Dah nama pun Cemburu, konfem la perangai dia macam tu kan. Cemburu ni sangat-sangat lah iri dengan spirit yang sepasang tu. Tak boleh tengok diorang hepi sikit. Ada je benda dia nak kacau. (macam ada je dalam dunia sebenar korangkan? Ehe) Cemburu ni sebenarnya suka dengan spirit yang comot kate macam Jonny Depp tu. Tapi apa kan daya, nak ngorat pun tak boleh sebab dia memang dah jadi sepasang dengan yang macam Heliza Helmi tu. Haha. Jadi Cemburu ni cuba macam-macam cara untuk pisahkan diorang berdua. Sampailah satu hari Cemburu bertemu dengan Hasad Dengki. Encik Hasad ni tahu pasal Cemburu. Dia pun sebenarnya tak suka dengan spirit berdua tu. Jadi dia pun ambik keputusan untuk tolong Cemburu. Dia jumpa je Cemburu, terus dia bisikkan plan jahat dia pada Cemburu.
Plan dia senang je, dia suruh Cemburu bagi sikit rasa jelez pada spirit sepasang tu. Lepas tu, dia suruh Cemburu pergi menggedik dengan spirit yang macam Jonny Depp tu kat depan spirit lagi satu dan dia pulak akan menggedik dengan spirit yang macam Heliza Helmi tu. Senangkan plan dia. Hari yang ditunggu pun tiba. Maka bermula la plan hampeh dua ketul spirit jahat tu. Di takdirkan plan diorang menjadi dengan jayanya. Spirit yang sepasang tu bergaduh bagai nak rak. Gila-gila diorang bergaduh. Cemburu dengan Hasad tersenyum kemenangan.
Kes spirit dua pasang tu sampai la ke pengetahuan raja Khayalan. Dia sangat-sangat lah pelik dengan apa yang dah terjadi. Pelik kenapa? Yela, spirit yang sepasang tu terkenal seantero Khayalan sebab diorang tak pernah bergaduh. Sebab tu la Encik raja ni pelik. So dia pun panggil la spirit berdua tu. Hajat dia nak tolong diorang tapi akibat sikap degil campur dengan keras kepala, hajat Encik raja tu tak kesampaian. Akhirnya Encik raja ambik keputusan.
“Oleh kerana kamu berdua tak dapat lagi bertolak ansur dan tak dapat lagi memahami antara satu sama lain, Beta akan pisahkan kamu berdua. Kamu juga akan beta tempatkan ke bumi dan akan beta tanamkan kedalam jiwa setiap penghuni disana. “
Keputusan raja Khayalan tu dah memeranjatkan setiap makhluk disana. Apatah lagi spirit berdua tu. Mula la rasa menyesal. Padan muka. Sape suruh cemburu mengkhinzir buta. (maaf, ayat excited nak taip. Huhu)
“Maaf Encik raja. Tapi macam mana kalau kami nak bertemu semula?”
Tanya spirit yang macam Heliza Helmi tu dengan mata berair. Kesian pulak la Encik raja tu tengok dia. Jadi Encik raja tu pun fikir la balik.”
“Disebabkan Beta masih ada lagi rasa belas pada kamu berdua, maka, beta tetap kan begini. Kamu berdua hanya akan bertemu jika Takdir menulis yang kamu akan bertemu.”
Spirit berdua tu buat la muka megi. Tapi terpancar la kelegaan kat muka dua spirit tu.
“Jika kamu telah ditakdirkn untuk bertemu dan menjadi sepasang kembali akan muncul tanda yang istimewa”
“eh? Tanda apa Encik raja?” soal spirit yang macam Jonn Depp tu
“Kamu akan rasa berdebar-debar, otak kamu hanya akan mengingat dia, kamu akan rasa seperti ingin menjaganya dan kamu akan rasa berbunga-bunga.”
Spirit berdua tu berpandangan sesame sendiri. Berpisah? Tak pernah hayat diorang berpisah. Kali ni nak berpisah. Mustahil. Tapi nak salahkan sape. Diorang jugak yang terpedaya dengan cemburu. Akhirnya, terima je la. Dengan airmata yang membasahi pipi, diorang pun dihantar ke bumi. Masing-masing terpisah. Di bumi, diorang tak dipanggil spirit, tapi diorang lebih dikenali dengan nama Hati dan Perasaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sejak tu la bila kita jumpa dengan hati yang betul-betul ditakdirkan untuk kita, kita akan rasa tenang sangat macam orang tu memang dilahirkan untuk kita. Tapi ingat, Cemburu dan Hasad sentiasa ada untuk huru-harakan kita.
p/s”: Maaf.cite ni memang agak tak logic. Tapi cite ni lahir lepas comot main game plant vs zombie. Ehe. Juz nak ingatkan lagi, kita akan bertemu dengan hati yang salah untuk beberapa kali sebelum kita menemui hati yang betul-betul ditakdirkan untuk kita. Jadi kalau putus cinta tu, bersabarlah sebab ada hikmah disebalik semua tu (cakap based on my true story and experience J)
No comments:
Post a Comment