"kenapa perlu along cakap yang along tak suka dengan apa yang along dah ada sekarang? tak mahukah along pada peluang yang menanti pada masa hadapan?"
Wahai adik kesayanganku..hari ni jugak along nak bagi tahu..apa yang along lalui sekarang bukan untuk diri along..along hanya menurut apa yang dikata supaya mereka tak akan mengalirkan air mata kecewa dengan keputusan along...
Sungguh, apa yang Comot lalui sekarang bukan dengan kehendak hati Comot sendiri..apa yang terjadi hanya untuk gembirakan satu hati yang sangat Comot sayang..hati seorang ibu..Comot tahu setiap ibu hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak kesayangannya, tapi, tidakkah mereka tahu impian dan kemahuan anak-anaknya? Kenapa sekarang baru Comot nak luahkan perkara ni? Sebab Comot dah tak sanggup tahan lagi apa yang bersarang dalam hati Comot..Hati dan impian Comot bukan ditempat yang Comot ada sekarang..Comot tak pernah ada sedetik pun rasa untuk berada disini...tak pernah sekali pun terdetik dalam hati...impian Comot berada jauh nun disana...impian yang tak mungkin dapat Comot gapai lagi..kecewa yang Comot rasakan tak akan pernah hilang walau apa pun terjadi..
Memang ramai orang akan kata yang Comot ni beruntung sebab dapat apa yang Comot dapat sekarang..tapi tahukah kamu semua yang saya sangat sakit dengan apa yang terjadi...hanya kerana menurut hati seorang yang sangat Comot sayang dan tak mahu melihat dia kecewa dan bersedih kerana kata-kata busuk orang disekeliling..Comot turutkan kata-katanya..meski hati berat untuk menerima semua ni..Comot terpaksa harungi semua ni..
Sungguh, walaupun Comot masih lagi disini, hati Comot masih untuk impian Comot yang satu tu..Adik Comot pernah juga tanya..
"Kalau akak tak suka dengan apa yang akak lalui sekarang, kenapa akak masih lagi usaha untuk jadi yang terbaik?"
kenapa? wahai adikku..ilmu adalah sesuatu yang sangat akak suka..akak tak akan pernah ia-siakan ilmu itu hanya kerana akak tak dapat gapai impian akak..lagipun, keputusan yang akak buat ni untuk mak akak..kalau akak buat main-main, mesti akak gagal dan mesti mak akak sedih..jadi kalau akak datang sini hanya untuk buat mak akak sedih..apa makna tujuan asal akak yang tak mahu mak akak sedih?
Jadi..berbahagialah pada sesiapa yang boleh buat keputusan mereka sendiri dan keputusan tu boleh buat kamu gapai impian kamu..sekurang-kurangnya kamu tak akan rasa sakit sebab tak pernah dapat gapai impian kamu..konklusinya..jika kamu punya peluang dan ruang serta sokongan untuk menggapaii impian kamu..teruskan..jangan pernah mengalah sebab bila peluang untuk gapai impian tu hilang...kamu akan rasa menyesal yang teramat sangat....
No comments:
Post a Comment