Aku masih ingat. Aku masuk ke kelas dengan penuh rasa gemuruh. Hari pertama la katekan. Amboi. Takot betul aku. Tapi aku buat tak reti je. Manusia pertama yang aku nampak. Dia. Tapi dia hanya pandang aku sekali imbas, kemudian terus mengalihkan pandangannya. Hati aku tegas menyatakan bahawa dia adalah seorang yang sombong dan aku harus menjauhinya.
Namun sangkaanku jauh meleset bila tiba hari hujan itu. Dia menghulurkan sweater merah yang sering dipakainya kepadaku. Aku masih ingat kata-katanya.
"Pakai ni. Tak kene hujan"
Kata-kata yang simple. Tapi kata-kata tu yang buat aku terfikir, keadaan ini akan mendekatkan kami. Sejak itu aku dan dia mula berkawan. Kebetulan aku dan dia dalam satu group. Kemana sahaja, dia pasti akan ada. Tapi dulu aku dan dia sudah berpunya. Dia sering menjadi tempat aku meluah rasa selain sahabat yang lain. Dia umpama seorang abang, seorang penjaga buat aku.
Sehingga suatu ketika.
Suatu ketika bila aku mula perasan akan perubahan dia. Tahap ambil berat dia terhadap aku bertambah. Sakit pening aku dia yang jadi doktornya. Haha. Kelakar juga. Aku dan dia selalu bergaduh bila tiba waktu untuk pulang ke kampung. Sebab ? Dia selalu balik mendahului aku. Tinggalkan aku sendirian. Aku tak ade kawan lain ? Ada. Tapi mereka pun macam ada tak ada.
Dulu aku menyayangi dia hanya sebagai sahabat karib. Tapi bila dia mengajkan soalan yang tak mampu aku jawab. Aku terkedu. Aku ingat lagi soalan itu.
"Kalau da habis belajar. kita macam ni lagi tak ? Mesti da jauhkan"
Soalan yang aku tak pernah terfikir. Ya. Aku mula sedar dia penting untuk aku sejak malam tu.
Aku mula sedar yang sebenarnya aku da jatuh cinta pada dia.
Jatuh cinta dengan sahabat karib sendiri ?? Ape ni ??
Aku tak dapat nak terima. Tapi semua menyatakan persetujuan kerana dia lebih menjaga aku dari orang lain.
Suatu saat. Dia meluahkan segalanya. Aku diam. Dia serius ? Aku ragu.
Tapi kesungguhan dia untuk menawan hati aku buat aku jatuh dalam perangkap dia. Keikhlasan yang aku nampak membuatkan aku percaya kesungguhannya.
Akhirnya, pada tarikh itu, hati aku sah menjadi milik dia. Hati yang aku serah supaya dia jagai dan baja dengan kasih sayang dia. Manjakan dengan kesungguhan dia menyayangi dan inginkan aku menjadi makmumnya kelak.
Sungguh. Dia buat aku rasa sesuatu yang tak pernah aku rasa sebelum ini. Banyak perkara yang dia buat. Semua itu membuatkan aku semakin pada dirinya. Membuatkan aku tak mahu yang lain selain dirinya.
Sejak sah status aku sebagai tunangnya. Aku hanya inginkan dia. tak ada yang lain. Sebab ?
i love this post.. it is soooo sweet :)
ReplyDeleteis it ? haha.
Delete