Andai jiwa yang gelap itu di didik dan dibaja dengan jutaan ilmu yang bermanfaat,
Nescaya jiwa itu menjadi satu jiwa yang kuat dan teguh.
Namun permasalahan yang sering terjadi apabila jiwa yang gelap itu ingin mencari pelita yang mampu membawanya kearah cahaya, tiada satu pelita pun yang mampu bertahan atau sanggup membakar dirinya untuk menerangi jalan jiwa yang gelap itu.
Kenapa ?
Aku masih lagi mencari jawapan kepada permasalahan ini. Kerana aku juga pernah diperlakukan sedemikian rupa.
Memang guru itu ibarat lilin yang sanggup membakar dirinya asalkan insan lain mampu melihat keajaiban dunia. Tapi, jarang aku temui seorang guru yang betul-betul komited dengan kerja mulianya.
Mungkin aku yang tersilap menilai atau sememangnya aku buta untuk menilai semua itu ?
No comments:
Post a Comment