- Sentiasa berhati-hati walau kemane pon korang berada. Kalau bole sila bawa penyembur kecil yang korang isi dengan air cili padi. kalau pape, sembur je kat mate orang tu. hohohohoho.
- Cara pemakaian tu agak-agak sikit. Jangan nak jadi Lady Gaga sangat. Ingat, cara korang berpakaian tu bole mendorong niat jahat seseorang.
- JANGAN melepak kat tempat gelap ataupun sunyi. Ni cari nahas namanya.
- Bagi tahu family mane korang nak pergi dan dengan sape. Kalau bole, tunjuk muka manusia yang nak kuar dengan korang tu kat family korang.
- Korang kene tahu nak bezakan sentuhan yang tak dibenarkan dan yang dibenarkan. Yang dibenarkan tu kira cam salam, tepuk bahu camtu lah. Yang tak dibenarkan tu macam meraba atau pape yang korang rase menunjukkan yang orang tu gatal @ miang.
- JANGAN dok keluar dengan manusia yang korang tak kenal atau baru 2 3 hari kenal atau manusia yang korang kenal dalam pesbuk.
- Bagi yang Islam, seeloknya sebelum keluar tu bacalah ayat Kursi. Sebab bila kita baca ayat Kursi sebelum keluar rumah, 7000 malaikat akan jaga kita dari semua sudut dan arah. Haaaaaa.
- Belajar cara mempertahankan diri. At least belajar cara nak sepak, terajang dan tumbuk manusia gatal tu.
- JANGAN diam kalau korang kene gangguan camni. Kene bertindak. Bagi orang tahu. Negara ada undang-undang bro. Ade akta untuk gangguan seksual. Google kalau tak caye taipan aku nih. hoho
- DIGALAKKAN keluar bersama mahram atau orang yang boleh dipercayai.
- Lapor cepat-cepat kat polis, jabatan kebajikan atau mana-mana jabatan yang korang rase sesuai. Jangan pulak pergi lapor kat jabatan perhutanan. Mau korang kene lempang kat situ gak. hohoho
Tu jelah sikit sebanyak yang aku boleh kongsi. Selebihnya korang fikir-fikir lah sendiri.
INGAT satu hal, badan korang tu, tanggungjawab korang. Takde orang lain yang tolong jaga. Faham ?
Maaf kalau entry aku kali ni menyinggung mane-man pihak.
^_^
credit to : http://mrbaiz.blogspot.com/2011/10/pensyarah-minta-tubuhgangguan.html
No comments:
Post a Comment