Hati yang tak seiring dengan akal memang menimbulkan keraguan pada diri. Akal inginkan yang terbaik, namun hati mahu yang menenangkan. Terkadang akal berperang dengan hati. Kebanyakan hati akan menjuarai setiap pertengkaran. Ikut hati mati. Itu pepatah yang sering aku dengar. Namun hati aku tetap begini. hanya satu walaupun ia menyakitkan. Tidak serikkah ia? Tidak peritkah ia? Namun tiap jawapan yang aku terima membuatkan aku terdiam sendiri. "Aku mahu belajar sehingga akhir dan aku tak mahu berhenti di tengah jalan"
No comments:
Post a Comment